Pengenalan Google - scodarTV
Pengenalan Google

Pengenalan Google

Kongsikan


Assalamualaikum, hari ini cara saya menyampaikan penulisan agak berlainan daripada biasa. Sempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini, saya harapkan kita semua dirahmati oleh Allah swt dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Penulisan ini adalah kesinambungan penulisan-penulisan sebelum ini berkaitan Google.

Saya hanya menyalurkan bahan-bahan perkongsian saya ini berdasarkan pendapat peribadi saya, jika ianya berguna untuk digunapakai, sama-samalah kita manfaatkan. Semoga dengan perkongsian ini, kita berjaya mewujudkan generasi yang berilmu dan sentiasa berkongsi ilmu baharu untuk meningkatkan kualiti dan saling bertukar ilmu sepertimana yang selalu saya sebutkan dalam sesi perkongsian saya sedikit ilmu yang saya tahu, saya kongsikan dan sedikit ilmu daripada anda, anda kongsikan...... Semoga dengan cara ini, pengembangan ilmu akan berlaku dengan cepat dan mudah.

Sebagai pengenalan, kali ini penulisan saya fokus kepada aplikasi yang disediakan oleh Google secara percuma dan boleh digunakan oleh semua dan saya akan cuba berkongsi cara untuk diaplikasikan dalam pendidikan


Produk Google

Kenapa saya fokus kepada Google??? Ini kerana, kebanyakan daripada kita menggunakan telefon android dan pelayar Google Chrome. Dan salah satu tabiat saya, saya tidak akan menggunakan aplikasi pihak ketiga (3-rd party application) bermaksud, saya tidak akan merojakkan penggunaan aplikasi berdasarkan apa yang mudah. Tetapi lebih kepada apa yang saya boleh buat dengan benda ini. Jika mempunyai masa dan kelapangan, saya juga akan menulis berkaitan dengan Microsoft, Apple dan Linux (versi pendidikan). dan saya akui aplikasi telefon pintar yang terbaik untuk digunakan sekarang adalah Microsoft Kaizala, klik untuk lihat video

Jadi penulisan ini akan mempunyai beberapa bahagian untuk saya menjelaskan idea dan pendapat bagi penggunaan dalam pendidikan. Saya juga cuba untuk membantu cara dan kaedah mengintegrasikan diantara akaun Google Peribadi dan akaun yang disediakan melalui Portal Digital Learning KPM.

Dipermulaan ini, saya jelaskan secara ringkas konsep yang saya cuba ketengahkan melalui beberapa kemudahan pada produk google dan boleh digunapakai dalam pengurusan pendidikan dan pengajaran dan pembelajaran, antaranya :

  • Perkara 2-7, jika dirancang dengan baik dan mempunyai kerjasama setiap warga, sekolah dapat membina satu (1) web lengkap secara percuma.

  1. Google Search : merupakan enjin carian google, masih ramai antara kita salah dalam penggunaan google search ini.
  2. GMail : Satu alat perhubungan yang mana boleh dintegrasikan dengan penggunaan Google Meet/Hangouts, mengikut kesesuaian
  3. Blogspot : sebagai sebuah portal bagi mempromosi sekolah/aktiviti
  4. Google Site : digunakan sebagai platform bagi matapelajaran dan ko-kurikulum atau sub bidang
  5. Google Drive : Tempat penyimpanan dokumen/bahan perkongsian.
  6. Youtube : tempat penyimpanan bahan-bahan video
  7. Google Photos :  Tempat penyimpanan gambar aktiviti. tiada limit penyimpanan.
  8. Google Hangouts : sedikit lambat berbanding whatsapp. tetapi ini adalah aplikasi keluaran google yang berfungsi seperti whatsapp.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages