GMail - scodarTV
Apabila kita menyebut mengenai  GMAIL anda membayangkan hanya untuk digunakan sebagai ID EMEL tetapi sebenarnya ID EMEL anda juga merupakan ID Google. ID anda boleh digunakan untuk log masuk pada kesemua produk atau aplikasi Google.

Gmail merupakan salah satu perkhidmatan e-mel percuma yang dibangunkan oleh Google. Mula diterbitkan secara beta pada 1 April 2004 dan tamat fasa ujian pada 7 Julai 2009.

Pada permulaan penawaran Google memberikan akses sebanyak satu (1) Gigabait sebagai storan kepada pengguna. Masa berkembang, teknologi semakin pesat dan keperluan semakin meningkat, hari ini Google memberikan tawaran sebanyak Lima Belas (15) Gigabait sebagai storan meliputi GMail dan Google Drive. 

Bagi perkhidmatan Gmail, pengguna boleh menerima e-mel bersaiz sehingga 50 Megabait termasuk lampiran (attachment) dan boleh menghantar e-mel bersaiz sehingga 25 Megabait. Bagi penghantaran lampiran (attachment) yang melebihi kapasiti penghantaran Gmail, pengguna dibenarkan memasukkan lampiran ke Google Drive untuk dilampirkan bersama emel yang di hantar. 

Pelayan mel Google secara automatik mengimbas e-mel untuk pelbagai tujuan, termasuk menapis spam dan perisian hasad (malware), dan menambah iklan sensitif konteks di sebelah e-mel. 

Amalan pengiklanan ini telah dikritik dengan ketara oleh penyokong privasi disebabkan kebimbangan terhadap pengekalan data tanpa had, kemudahan pemantauan oleh pihak ketiga, pengguna penyedia e-mel lain yang tidak bersetuju dengan dasar itu apabila menghantar e-mel ke alamat Gmail, dan potensi Google untuk berubah dasarnya untuk terus mengurangkan privasi dengan menggabungkan maklumat dengan penggunaan data Google yang lain. Pada bulan Jun 2017, Google mengumumkan penghujung penggunaan kandungan Gmail kontekstual untuk tujuan pengiklanan, bergantung pada data yang dikumpulkan daripada penggunaan perkhidmatan lain.


Penggunaan E-mel Dalam Pendidikan

Penggunaan email Google samaada secara percuma (ID GMAIL) atau menggunakan ID Pendidikan Google  (Google For Edu) adalah satu kaedah yang terbaik untuk berhubung antara Pihak Sekolah, Ibubapa, dan pihak berkepentingan lain.

Penggunaan ID Pendidikan Google boleh diperolehi dengan adanya domain sekolah.edu.my. 
Domain edu.my perlu dibeli oleh pihak sekolah melalui myNIC bernilai RM80.00 setahun.
Dengan penggunaan ID Pendidikan ini banyak akses kelebihan yang boleh dilakukan oleh pengguna pendidikan. 

Update : 2 Ogos 2019 
Mulai tahun 2019, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula melaksanakan program ini melalui Portal Digital Learning (PDL) menggunakan ID moe-dl.edu.my
Tahniah, kerana berpandangan jauh dalam proses pendigitalan pendidikan di Malaysia. Semoga lebih terbuka dalam proses pelaksanaan ini. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages