Google Drive : Bahagian Satu - Pengenalan - scodarTV
Google Drive : Bahagian Satu - Pengenalan

Google Drive : Bahagian Satu - Pengenalan

Kongsikan



Google Drive merupakan satu perkhidmatan penyimpanan awam (cloud storage) dan perkhidmatan penyegerakan fail (synchronization service) yang dibangunkan oleh Google. Dilancarkan pada 24 April 2012, Google Drive membolehkan pengguna menyimpan fail di pelayan mereka, menyegerakkan fail ke seluruh peranti, dan berkongsi fail. Sebagai tambahan kepada laman web, Google Drive menawarkan aplikasi dengan kemampuan luar talian untuk Windows dan komputer macOS, dan telefon pintar dan tablet Android dan iOS. Google Drive merangkumi Dokumen Google, Helaian Google, dan Slaid Google, yang merupakan sebahagian daripada suite pejabat yang membenarkan penyuntingan dokumen, spreadsheet, persembahan, lukisan, borang dan banyak lagi. Fail yang dibuat dan diedit melalui suite pejabat disimpan dalam Google Drive.

Secara tradisionalnya, Google Drive ini berfungsi seperti MyDocuments pada komputer peribadi anda, tetapi ianya secara atas talian.

Google Drive menawarkan ruang simpanan sehingga 15GB bagi akaun personal percuma (menggunakan ID Google percuma) dan mempunyai pilihan naik taraf melalui Google One sehingga 30 Terabait (berbayar) dan mempunyai pakej percuma untuk pendidikan.

Berikut platform Google Drive (klik pada setiap perkara untuk penjelasan lanjut):

  1. Laman Web
  2. Komputer Peribadi/Komputer Riba (PC/Laptop)
    •  Google Drive File Stream
    • Google Backup and Sync 
  3. Tablet dan Telefon Pintar
akan dikemaskini segera penulisan ini......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages