Google Chrome dan Enjin Carian Google - scodarTV
Google Chrome dan Enjin Carian Google

Google Chrome dan Enjin Carian Google

Kongsikan
Enjin Carian Google (Google Search Engine) juga dikenali sebagai Carian Google (Google Search) atau juga dipanggil Google. Pada Jun 2019, Google telah berjaya menguasai 92.62% bahagian pasaran dengan 5.4 billion carian. Inilah antara sebab, saya memilih penulisan mengenai Google.

Tujuan Utama Carian Google adalah untuk mencari teks dalam dokumen yang boleh diakses oleh orang awam melalui pelayar web berbanding dengan data lain seperti imej, atau data yang terkandung di pangkalan data. Pada bulan Jun 2011, Google telah melancarkan Carian Google Voice sebagai satu kemudahan dalam carian melalui kata-kata atau penuturan.

Google Chrome pula merupakan pelayar web pelbagai platform (cross-platform web browser). Mula dilancarkan oleh goole pada tahun 2008 untuk digunakan bersama Microsoft dan kemudiannya dikembangkan kepada Linux, MacOS, Android dan IOS yang berfungsi sebagai bahasa pemograman web (A Programming Language atau ringkasnya apl web).

Google Chrome merupakan komponen utama untuk ChromeOS

Kebanyakan sumber kod Google Chrome berasal daripada projek Chromium (projek sumber terbuka google : open source project), tetapi Google Chrome dilesenkan sebagai perisian percuma proprietary.

Sehingga Julai 2019, StatCounter menunjukkan google menguasai 71% pasaran pada PC tradisional dan 63% di semua platform. Dengan kejayaan ini, google meluaskan dengan pengeluaran ChromeOS, ChromeCast, ChromeBook,

Bagaimana Google Search Berfungsi?

Setiap kali anda membuat carian, terdapat beribu atau kadang-kadang berjuta laman web dengan maklumat yang berguna.  Bagaimana Google mendapat kaedah carian untuk dipaparkan kepada anda, ianya adalah berdasarkan kaedah carian anda dan komitmen google menyediakan kemudahan yang terbaik untuk pengguna. (hancur sikit explain yang ni.... hahahahha)

  1. Mengindeks Kandungan di Web : Sebelum anda melaksanakan carian, google telah mengorganisasikan kandungan dengan mengindeks kandungan dan maklumat di indeks carian google. Indeks merupakan perpustakaan bagi kata kunci

  2. Kepantasan Algoritma Pemadanan Carian : dalam hanya beberapa saat sahaja, algoritma carian Google menyusun berjuta laman web dalam indeks carian google mencari hasil carian anda yang paling relevan dan berguna

  3. Paparan Hasil : Googel memaparkan hasil carian dalam banyak cara samada berbentuk teks, imej atau video atau peta dsbnya.
  • jika pengindeksan yang baik dilaksanakan di Pusat Sumber,      (?????)





Follow my blog with Bloglovin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages