Google Drive - Bahagian 2 : Web - scodarTV
Google Drive - Bahagian 2 : Web

Google Drive - Bahagian 2 : Web

Kongsikan
Google menyediakan akses web untuk penggunaan dengan Google Drive dan merupakan antara muka utama bagi chromebook.

Penggunaan kemudahan antaramuka web ini, pengguna boleh melihat dan meggunakan fail mereka  dimana sahaja dan di mana-mana komputer yang disambungkan ke internet tanpa memuat turun aplikasi.

Paparan web Google Drive ditambahbaik pada paparan visual pada tahun 2014 dan mempermudahkan beberapa tugasan biasa seperti klik sekali sahaja pada fail untuk melihat aktiviti terkini atau berkongsi fail itu dan menambahkan fungsi seret dan lepas (drag-and-drop) ke fail terpilih bagi mengorganisasi fail.

Pada tahun 2016, beberapa elemen visual laman web juga dikemaskini. Google Drive juga boleh memuat turun fail mampatan (compress) dari laman web; pengguna kini boleh memampatkan dan memuat turun item Drive ke dalam beberapa fail .zip 2GB dengan struktur penamaan yang lebih baik, pegendalian google forms yang lebih baik dan folder kosong kini dimasukkan ke dalam .zip, dengan itu pengguna boleh memelihara hierarki folder pengguna.

Kemaskini Video akan di kemaskini segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages