Pengenalan Google Adsense - scodarTV
Pengenalan Google Adsense

Pengenalan Google Adsense

Kongsikan
Apa itu Google Adsense?

Google adsense adalah buku akaun bagi youtuber dan blogger serta admobs atau kepada mana-mana peserta iklan bagi aplikasi google.

 Google adsense merupakan program pengiklanan CPC (cost per clicks), yang mana membolehkan seseorang itu menjana pendapatan daripada kandungan web atau video atau aplikasi telefon yang dibangunkan.

Tujuan
Bagi membantu pengiklan (advertiser) mengiklankan produk mereka.

Pemilik kandungan (web, blog, youtube, aplikasi telefon) memperoleh pendapatan terhadap kandungan yang dibina.

Google sebagai pemilik tapak akan membantu pemilik kandungan menjana pendapatan hasil daripada perjanjian pengiklanan. Iklan akan di pasang pada laman pemilik kandungan. Namun begitu pecahan keuntungan antara pemilik kandungan dan pemilik tapak memihak kepada pemilik tapak.

Istilah Utama dan Cara Penghasilan Pendapatan
Terdapat 2 cara penghasilan pendapatan daripada google iaitu :

1) Per-Impresion :  Pembayaran adalah bergantung kepada jumlah paparan/tayang (view).

2) Per-Clicks : Pembayaran/Penghasilan adalah bergantung kepada jumlah klik pada iklan yang dipaparkan. 
(anda dilarang untuk klik iklan sendiri, kerana akan melanggar peraturan pengiklanan google)

2 ulasan:

Pages