Mengapa Ubuntu - scodarTV
Mengapa Ubuntu

Mengapa Ubuntu

Kongsikan






Percuma dan Bersumber Terbuka (Open Source)

Salah satu alasan mengapa Ubuntu popular adalah kerana ianya percuma dan open source. Anda tidak perlu mengeluarkan kos atau wang untuk memuat turun (download), memasang (install), dan menggunakan Ubuntu. Anda hanya perlu muat turun dari laman web rasmi ubuntu. Selain itu perisian-perisian (software) yang tersedia juga adalah percuma. Bukan hanya percuma, kita boleh mendapatkan banyak sumber asal (source code) di pelbagai web dan membuat perubahan yang lebih baik terhadap perisian berkenaan atas nama open source.

Mudah digunakan


Kebanyakan pengguna komputer mengatakan bahawa sistem berbasis Linux agak sulit untuk digunakan dan lebih sesuai digunakan oleh pembangun aplikasi (developer). Tetapi Ubuntu Linux adalah salah satu sistem berbasis Linux yang mudah digunakan dan user-friendly. Siapapun boleh menggunakan Ubuntu dan semua orang dengan kemampuan komputer boleh melakukan pengaturan sistem. Canonical sendiri terus mengembangkan Ubuntu agar memberikan anatra muka pengguna (user interface) yang mudah dinavigasi dan meningkatkan pengalaman pengguna (user experience). Malah, ada juga yang mengatakan bahawa Ubuntu lebih mudah digunakan jika dibanding Windows.

Sokongan (Support)

Di luar sana ada banyak komuniti sokongan (support community) yang boleh anda manfaatkan. Kalau anda memiliki pertanyaan  atau permasalahan tentang Ubuntu.
Untuk mendapatkan sokongan percuma (free-support) lawatilah dan buat pertanyaan di Ask Ubuntu, LinuxQuestions, dan laman rasmi Linux.
Senang Diperibadikan/Ubahsuai (Custom)

Ubuntu sangat mudah diperibadikan/ubahsuai (customize). Terdapat banyak lingkungan desktop alternatif yang boleh di gunakan. Bahkan dapat di ubahsuai agar Ubuntu Anda terlihat seperti Windows atau sistem operasi lain yang anda inginkan.
Tiada Gangguan
Memang kita tidak boleh mengatakan bahawa ada sistem operasi di luar sana yang 100% bebas dari virus. Tetapi Ubuntu boleh dikatakan sebagai salah satu sistem operasi yang tiada gangguan virus. Dengan built-in Firewall dan perlindungan virus yang kuat, anda sudah tidak perlu lagi memasang antivirus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages