Membina Web Lengkap Secara Percuma - scodarTV
Membina Web Lengkap Secara Percuma

Membina Web Lengkap Secara Percuma

Kongsikan
Portal atau laman web bertujuan untuk memperkenalkan sesuatu organisasi kepada masyarakat. Namun dengan kehadiran kepelbagaian aplikasi media sosial, menyebabkan kepentingan mewujudkan portal semakin hilang popularitinya.

Tidak dinafikan, media sosial seperti facebook atau instagram lebih mudah dan senang di urus berbanding portal atau laman.

Namun begitu, sesuatu yang senang biasanya ada kekurangannya. Begitu juga dengan portal atau laman yang boleh disediakan secara percuma ini. Namun laman yang disediakan secara percuma ini boleh ditingkatkan tahap keselamatan dan kebolehpercayaannya dengan menggunakan pakej berbayar yang tentunya lebih murah dan praktikal berbanding menggunakan laman web komersial.

Portal atau laman percuma ini boleh dibangunkan dengan mengabungkan aplikasi-aplikasi google tanpa menggunakan aplikasi pihak ke-3.

Untuk membina portal atau laman ini kemudahan berikut perlu difahami dengan baik oleh pengguna :

BLOGSPOT
Blogspot boleh digunakan sebagai paparan halaman pengenalan dan carian maklumat sesebuah organisasi. 

Fungsi laman (page) digunakan sebagai menu maklumat organisasi. Manakala, fungsi kiriman (post)  digunakan sebagai sebaran maklumat atau aktiviti organisasi.

Mengapa blogspot bukan google sites?
Kerana domain yang diberikan melalui blogspot lebih inklusif berbanding yang diberikan oleh google sites.

YOUTUBE
Youtube boleh digunakan sebagai simpanan video bagi organisasi.

PHOTOS
Fungsi Google Photos boleh digunakan sebagai pusat koleksi atau galeri gambar statik berkaitan aktiviti di organisasi

SITES
Google sites boleh digunakan sebagai sebaran maklumat oleh unit atau bahagian. 

Contohnya jika terdapat kutipan data yang perlu dilakukan dan akses pengguna pada blogspot adalah terhad, maka google sites boleh digunakan untuk mendapatkan akses penuh. Mungkin juga ini adalah cara admin laman (blogspot) memberikan akses kepada pentadbir unit supaya tidak menggangu portal induk.

Atau jika pengguna tiada kemahiran edit HTML pada blogspot, google sites lebih mesra tanpa melibatkan coding.

Kenapa tidak digunakan sahaja Google Sites kerana lebih mesra dan tidak kompleks?
Kerana Alamat URL (URL Adress) Google Sites tidak bersifat inklusif.

LOCKER STUDIO
Dewasa ini, locker studio lebih banyak digunapakai sebagai dashboard. Namun penggunaan sebenar Locker Studio adalah untuk mempersembahkan (present) atau sebagai alat untuk pembentangan data.

GOOGLE DRIVE
Terdapat banyak kemudahan yang terdapat dalam Google Drive. Fungsi Google Drive adalah sama seperti myDocument dalam komputer peribadi kita. Namun ianya boleh dikembangkan dengan lebih baik sama seperti folder htdocs/scodar.com/download dalam pembangunan sesebuah laman web komersial.

Bagi penggunaan Google Drive dengan blogspot, fungsi-fungsi seperti :

1- Google Form : boleh digunakan sebagai alat untuk mengutip data

2- Folder : boleh diorganisasikan sebagai pusat simpanan untuk aktiviti sebaran bahan, sebagai tempat pengguna portal memuat turun bahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages