Riba : Terlepas Pandang - scodarTV




Setiap tahun kita selalu membayar Perlindungan Kenderaan. Bukan hanya perlindungan kenderaan. Kita juga mungkin mempunyai perlindungan hayat (Life), perubatan (medical), kemalangan peribadi (PA), bangunan atau rumah daripada banjir dan kebakaran dan banyak lagi.

Terdapat 2 jenis perlindungan iaitu :
  1. Insuran (Insurance) - berkonsep konvensional
  2. Takaful - berkonsep patuh syariah 
Perlindungan terdiri daripada 2 jenis iaitu :
  1. Hayat (Life+Saving dan Medical)
  2. Am (General)


Ya... Sebagai pengguna bijak, sudah tentu kita membandingkan harga. Kita melihat pada harga yang murah dan perlindungan yang difikirkan terbaik dengan keperluan kita.

Namun sedarkah kita, perlindungan yang ditawarkan oleh operator atau syarikat terlibat mempunyai 2 konsep? Iaitu Konvensional (Insurans) dan Patuh Syariah (Takaful). 


MEMBEZAKAN PERLINDUNGAN KONVENSIONAL DAN PATUH SYARIAH


Bagaimana membezakan 

Untuk membezakan perlindungan konsep konvensional dan islamik adalah pada nama operator tersebut. 

  1. Nama operator ada perkataan INSURANCE atau INSURANS menawarkan perlindungan dengan konsep konvensional. Contohnya :
  • SCODAR INSURANCE : merupakan penawar perlindungan Konvensional. Biasanya untuk penawaran perlindungan nyawa atau kesihatan.
  • SCODAR GENERAL INSURANCE : menawarkan perlindungan INSURAN AM untuk perlindungan kenderaan, bangunan, kebakaran dan bencana alam rumah anda melalui konsep konvensional. 

 

2. Nama operator ada perkataan  TAKAFUL. Perkataan TAKAFUL digunakan oleh operator tersebut menawarkan konsep Patuh Syariah

  • SCODAR TAKAFUL : merupakan penawar perlindungan secara Islamik. Biasanya untuk penawaran perlindungan nyawa atau kesihatan.
  • SCODAR GENERAL TAKAFUL : menawarkan perlindungan TAKAFUL AM untuk perlindungan kenderaan, bangunan, kebakaran dan bencana alam rumah anda melalui konsep Islamik.

 

SAYA TENGOK SAMA SAHAJA, Insurans dan Takaful... Tiada Beza, bayar dan Claim sahaja..

Perkara pertama yang perlu diingat dan diketahui adalah fatwa.

  • Kepada Pengguna/Pembeli/Pembayar




Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Kali Ke-80 :
memutuskan pelaksanaan takaful MENEPATI syariat Islam


Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Kali Ke-80
memutuskan Insurans Am TIDAK DIHARUSKAN dalam Islam


Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Kali Ke-80 :
Status Pampasan Insurans Kepada Perwaris


Kepada Agen/Wakil Insurans/Takaful

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Kali Ke-80 :
Hukum Promosi Insurans




Perbezaan lain akan disambung dalam pos atau kiriman selanjutnya. 

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages