Istilah Dalam Google Adsense - scodarTV
Istilah Dalam Google Adsense

Istilah Dalam Google Adsense

Kongsikan

 


Setelah mempunyai atau berdaftar akaun Google Adsense, menggunakan ID Google sedia ada anda. Langkah seterusnya adalah memahami istilah-istilah yang digunakan oleh Google Adsense.

Istilah yang penting dan sentiasa perlu diperhatikan adalah CTR. Melalui carian dan pembacaan, range paling ideal CTR perlulah berada antara 0.5%-5%. Jika dibawah 0% atau bernilai negatif, laman anda tidak sihat. Jika melebihi 5% atau mencecah 100%, kemungkinan berlaku penipuan dalam ads click. CTR dikira mengikut (Click÷Impression)X100 >

Berikut adalah istilah-istilah yang perlu difahami :

CTR = Click Through Ratio (Kadar/Jumlah/Nisbah Klik)

  • Kadar/Jumlah atau lebih tepat Nisbah Klik
  • CTR ini amat penting kepada pembina laman yang membuat income melalui penulisan blog/portal.
  • CTR akan digunakan oleh pengiklan untuk bid iklan mereka berdasarkan CTR anda. Namun begitu, ianya bergantung juga kepada faktor-faktor lain seperti Impression


CPC = Cost Per Click (Kos/Pendapatan Setiap Klik)

  • Jumlah pendapatan bagi setiap klik anda atau,
  • amaun yang pengiklan akan tawarkan kepada anda untuk satu klik iklan mereka. Lebih mahal CPC, lebih besar kemungkinan anda memperoleh wang daripada iklan di tapak ini

  • Nilai CPC (kos setiap klik) untuk iklan Google berbeza-beza bergantung pada beberapa faktor, termasuk bilangan iklan pada blog, jenis iklan dan sumber pelawat.
  • Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan alat seperti SEMRush untuk membantu menganggarkan CPC untuk kata kunci tertentu.

Impression = Tera

  • Tera dikira untuk setiap permintaan iklan dengan sekurang-kurangnya satu iklan telah mula dimuatkan ke peranti pengguna. 
  • Angka ini ialah bilangan unit iklan (untuk iklan kandungan) atau pertanyaan carian (bagi iklan carian) yang memuatkan iklan


Page RPM = RPM Halaman

  • merupakan purata hasil/pendapatan/jumlah wang bagi setiap seribu paparan halaman.
  • RPM dikira dengan membahagikan jumlah pendapatan penerbit dengan bilangan tera halaman (setiap 1,000) yang mereka peroleh daripada iklan mereka
  • RPM Halaman = (Anggaran pendapatan / Bilangan paparan halaman) * 1000
  • Contohnya, jika penerbit memperoleh $200 daripada 5,000 tera, RPM mereka ialah 4.


Estimated Earning = Anggaran Pendapatan

  • Anggaran Pendapatan ialah jumlah wang yang boleh dijangkakan oleh pengiklan daripada iklan yang diletakkan di portal anda. 

  • Anggaran nilai perolehan adalah berdasarkan jumlah orang mengklik pada iklan dan jumlah wang yang pengiklan bayar setiap klik. 
  • Semakin tinggi nilai CPC, semakin tinggi anggaran pendapatan yang akan di perolehi. Lebih banyak klik bermakna lebih banyak wang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages