Memory Card - scodarTV




KAD INGATAN (memory card) adalah salah satu cara atau pilihan untuk menyimpan berbagai jenis data elektronik. Kadangkala dipanggil kad pancaran ingatan (flash memory card), biasanya berupaya menyimpan fail data bersaiz besar, seperti dokumen klip audio dan video, gambar serta teks. Secara amnya, kad ingatan menggunakan ingatan pancaran (flash memory) bagi mengekalkan keutuhan fail yang dimuatkan. Fungsi utama kad ingatan pintasan ini adalah menyediakan kaedah penyimpanan data yang ringkas tanpa mendatangkan masalah. Secara amnya, mana-mana kad ingatan mempunyai saiz storan berkapasiti tinggi, yang menjadikannya sesuai untuk menyimpan fail-fail data yang besar. Terdapat pelbagai pilihan kad storan di pasaran, ada yang diperbuat khusus mengikut jenis aplikasi dan data yang boleh disimpan pada kad ingatan tersebut. Antaranya adalah kad keselamatan digital (secure digital card), kayu ingatan (memory stick), kad-kad multimedia dan kad SmartMedia.

Di dalam konfigurasi sebenar, hampir semua kad ingatan akan menggunakan ingatan yang tidak mudah musnah (nonvolatile memory). Maknanya data yang disimpan di dalam peranti ini adalah stabil, tidak akan rosak atau hilang apabila bekalan elektrik terputus. Data yang disimpan juga tidak perlu di’refresh’ dari semasa ke semasa kerana ianya tidak akan terjejas.

Tiada sebarang peralatan yang disambungkan kepadanya, membantu meminimumkan kadar kerosakan pada peranti (peluang untuk rosak). Kapasiti storan peranti ini menjadi pilihan berbanding jumlah kapasiti piawai cakera keras sebuah komputer. Bagi memenuhi keperluan pengguna yang berbeza, pelbagai kad dihasilkan mengikut saiz kapasitinya. Secara amnya, harga sesuatu kad bergantung kepada jumlah kapasiti ingatan yang disediakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan kad berharga rendah masih boleh menampung keperluan pengguna komputer di rumah untuk memilikinya.

Sumber: www.wisegeek.com dan www.moi.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages